Ahad, 30 Jun 2013

Fesyen & wanita muslimah

# Saya tertarik nk sebarkan kpd kwan2 sekaligus menjawab pertanyaan2 yg adik2 saya tanya... :)

Islam itu indah kalau kita hayatinya..
Islam itu mudah kalau kita dalaminya..
Betul x kwan2..

Nabi Muhammad saw sngt mengambil berat tentang wanita..sehinggakan dlm  haji widaq antara ingatan nabi, yg nabi sebut sngt2 adlh tntg wanita..Kata nabi "Sesiapa yg muliakan wanita maka dia lelaki yang mulia". Saya ucapkan tahniah kpda lelaki2 yg muliakn wanita..

Kawan2 sekalian, kata Syeikh Yusuf Al-Qaradawi ada perkara yg perlu kita jelaskan betul2 dalam fitrah kita..kata syeikh "kata ya kpd kemodenan dan katakan tidak kpd pembaratan"" Katakn ya kpd silang budaya, dan katakan tdk kpd serangan budaya".Rasa2 kwan2 lar..ape hukum asal berfesyen..haram atau mubah(harus/dibolehkan). Sebenarnya dlm islam TIDAK ade pun dalil yg betul2 sohih lagi soleh yg mengatakan fesyen itu haram. Kalau ade pun ia hadis2 yg ditafsirkan kpd bnyk wajah.Ade ulama yg mentafsirkn kpd bentuk yg zahir, ade ulama yg mentafsirkn kpd keadaan pda zman itu,ape yg syarak nk pd maksud hadis itu.

Dalam Qawaied Fiqhiyyahada menyebut 1 kaedah: "al-Aslu fil ashya' al-ibahah" Maksudnya :Asal sesuatu perkara itu adalah HARUS". Mengikut mazhab Syafie yg mengharuskan hukum sesuatu perkara sehinggalah dtg dalil yg mewajibkan atau mengharamkan perkara tersebut.Rasulullah ada bersabda :“Halal itu apa yang telah diperkatakan halal oleh Allah dalam kitab-Nya,haram itu apa yang diperkatakan haram oleh Allah itu dalam kitab-Nya, dan apa tidak diperkatakan oleh-Nya,  (tidak dinyatakan halal dan haram secara qati’e) maka ianya dimaafkan perkara tersebut disisi Allah”.(Hadis Riwayat al-Tarmizi) <----islam itu mudah kan..

Persoalan awal adalah wajibnya menutup aurat adalah sesuatu yg dipersepakati dan tiada khilaf mengenainya. Tetapi batasan2 aurat itu adalah dlm daerah khilaf...Daerah khilaf ini bermaksud ada berbagai2 pandangan, dan stp pandangan2 yg berbeza ini semuanya berada dlm daerah pahala. Islam jadi susah kalau kita mengharapkan hanya 1 pandangan dlm perkara yg khilaf. Kata Nabi saw "Barangsiapa berijtihad dan ijtihadnya betul, maka dia mendapat 2 pahala dan kalau salah dia mendapat 1 pahala". 

Ada yg kate semu anggota bdan wanita itu adlh aurat termasuk muka & tapak tangan, ade jgak yg kata  muka & tapak tgn boleh dibuka, ade jgak yg kate aurat kaki jgak boleh dibuka. Itu semu adalah dlm daerah pahala. Tetapi kalau ade yg kate wanita x wajib menutup aurat..ini yg salah.Firman Allah SWT, “Allah mahukan kemudahan bagimu. Allah tidak mahukan kesusahan bagimu.” (Al-Baqarah: 185).

Kwan2 nk tau x kenapa wujudnya islam liberal? Menurut kajian2 islam liberal wujud krna tekanan2 dlm menghadapi golongn2 yg ekstrem dgn islam.Jgn anggap ade 2 golongn saje iaitu golongn yg patuh & golongn yg ekstrem..tak..sebenarnya ade 3 iaitu :

 1- golongn yg ekstrem
# golongn ini serba mengongkong, wanita tak boleh buat ini, x boleh buat itu, yg ni haram,wanita x blh kluar rumah, kene duduk rumah & sebagainya.Mereka ini melepaskan semua ikatan & menganggap semua perkara dlm islam itu x boleh berubah. Maksudnya kalau hadis kata begini, beginilah semata2 & x boleh terima semu khilaf2 yg ade.

 2- golongn yg mengambil mudah
# golongn ini anggap semua dlm islam itu boleh berubah

3- golongn yg berada dipertengahan
# golongn ini dia menyeimbangkan golongn pertama dan kedua. Ia pegang bahawa dlm islam ade perkara2 yg tetap & ade yg boleh berubah. Maksudnya ade yg perlu ikut secara tetap & ade yg boleh menerima khilaf.


# Saya harap semu ni berguna utk kwan2..apa yg penting mahu atau tak kita menutup aurat..kerana ape kita menutup aurat..krna Allah/ krna manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan