Isnin, 24 Jun 2013

Cinta yg Suci


Cinta merupakan peranan yg sngt penting dlm asas penyatuan kehidupan manusia. Kenapa? Krn segala kehidupan bermula dngn cinta. Ya, kuasa cinta cukup hebat dan aneh sekali. Bila seseorang itu dikuasai dngn cinta, hati yg kejam boleh berubah menjadi hati yang lembut dan penyayang.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah dalam bukunya yang bertajuk ‘Cinta dan Rindu Menurut Al-Quran dan As-Sunnah’, beliau menyatakan bahawa pengertian cinta amatlah luas dan mendalam kerana ia berkait rapat dngn hati manusia. Di dalam Islam, cinta terbahagi kepada 3 bahagian:
1-cinta kepada Allah dan Rasul
2-cinta kepada sesama manusia dan makhluk lain
3-cinta kepada diri sendiri.

Rasulullah SAW ada menjelaskan bahawa salah satu dari ciri kesempurnaan iman seseorang adalah dia mencintai saudaranya melebihi cintanya pada dirinya sendiri. Daripada Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda, “Tidaklah (sempurna) iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”

Sahabat2 sekalian,
cinta sesama Muslim seharusnya didasarkan kepada Allah Taala semata-mata. Daripada satu hadis yang driwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda, Ada seorang mengunjungi saudaranya di desa lain, lalu Allah mengutus seorang malaikat untuk menemui orang itu. Ketika orang tersebut sampai di desa yang dituju, malaikat bertanya, “Mahu ke mana kamu?” Orang itu menjawab, “Aku mahu menjenguk saudaraku di desa ini.” Tanya malaikat selanjutnya, “Apakah dengan mengunjunginya kau memperoleh banyak keuntungan?” Orang itu menjawab, “Tidak, aku hanya mencintainya kerana Allah Azza wa Jalla.” Malaikat itu mengatakan, “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah untuk memberitahukan kamu bahawa Allah menyenangimu sebagaimana kamu menyenangi saudaramu kerana Allah.”Sahabat2 paham kan hadis dia atas, kita seharusnya saling tolong-menolong di antara satu sama lain tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak. 

Allah Taala mencipta makhluk di dunia ini bukanlah sebagai individu yang hidupnya seorang diri saja tapi sebagai makhluk di dunia yang hidup secara bermasyarakat. Bertepatanlah dengan firman Allah Taala dalam surah Al-Maidah, ayat 2 yang bermaksud, “Dan tolong-menolonglah kalian dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam membuat dosa dan pelanggaran.”

Sesungguhnya seorang Muslim yg menyayangi saudaranya sendiri ibarat menjaga dan memelihara takwa dan iman yang ada dalam diri mereka sendiri. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, dia berkata,” Rasulullah SAW bersabda, ‘Janganlah kalian saling mendengki, saling menfitnah, saling membenci, dan saling membelakangi. Janganlah seorang muslim berjual beli sesuatu yang masih dalam penawaran seorang muslim lain dan jadikan kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara, tidak boleh saling menyakiti, merendahkan dan menghina. Takwa itu ada di sini (Rasulullah menunjuk dadanya dan beliau mengucapkannya tiga kali). Sudah cukup kejelekan seorang yang menghina saudara sesama Islam. Muslim yang satu dengan yang lain haram darahnya, hartanya, dan kehormatannya.”

Hal ini diulaskan lagi oleh Imam Nawawi mengenai betapa pentingnya rasa cinta dan kasih sayang sesama Muslim. Beliau menerangkan bahawa jika seseorang itu tidak cinta kepada saudaranya sebagaimana dia cinta pada dirinya maka dia adalah seorang pendengki. Menurut Imam Ghazali pula, pendengki ini terdiri daripada 3 jenis iaitu: 
1- bercita-cita supaya hilang terus nikmat orang lain dan berpindah nikmat itu kepadanya.
2- bercita-cita supaya hilang nikmat tersebut ke atas orang lain sekalipun dia tidak mendapatnya.
3- tidak bercita-cita supaya hilang nikmat itu daripada orang lain tetapi dia tidak suka melihat orang itu lebih tinggi daripadanya.

Kita semua diibaratkan sebagai satu tubuh dalam hal saling mengasihi dan menyayangi, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, diriwayatkan dari Nu’man bin Bisyr, dia berkata, “Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Orang-orang mukmin dalam hal saling menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada sebahagian tubuh yang sakit, maka seluruh tubuh tidak bisa tidur dan turut merasakan sakitnya.” Melalui hadis Nabi SAW ini, kita dapat mengetahui bahawa cinta ini merupakan satu penyatuan antara jiwa dengan jiwa yang lain kerana adanya keserasian. Jika air bercampur dengan air, maka keduanya sukar dipisahkan seperti mana cinta antara manusia.

Di samping itu, Allah Taala memuliakan mereka yang saling mencintai dan bersahabat kerana Allah Taala. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, “Pada hari kiamat Allah berfirman: Di manakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari yang tiada naungan selain naunganKu ini, Aku menaungi mereka dengan naunganKu”.

Begitu juga dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abdullah bin Amru Al-Ash dari Nabi SAW, Baginda bersabda: “Barangsiapa yang ingin agar dirinya dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke syurga, maka hendaklah saat dia menemui ajalnya dalam keadaan beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan dia memberikan kepada manusia sesuatu yang dia suka hal itu diberikan kepadanya.”

# Ya, memangcinta itu fitrah bagi stp manusia. Kita sbgai remaja ingin utk mencintai & dicintai.Tetapi didiklah perasaan cinta & kasih sayang kita ke arah jalan yg betul mengikut acuan madrasah Rasul..dunia akan sunyi tanpa cinta manusia.. ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan