Rabu, 27 Februari 2013

Sajak buat Sahabat


Sahabatku yang dikasihi,
Tolonglah....jangan kau pergi,
Duhai penyeri hati,
Kerna hadirmu umpama mentari.

Sinar cahayamu pengubat diri,
Pergimu ibarat pisau belati,
Membuat diri ini sepi,
Ibarat  melihat bulan tanpa matahari,
Melihat hujan tanpa pelangi.

Setialah sahabat sejati,
Aku pohon setulus hati,
Kerana persahabatan ini,
Umpama pantai tak bertepi,
Umpama mutiara yang sentiasa berseri.

Selasa, 12 Februari 2013

anak kecil yg takut api neraka


Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

~ Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

~  Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

~  Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."

~ Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa." 

~ Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Nabi Ilyas & Malaikat



                        Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas a.s. Malaikat itu datang untuk menjemput ruhnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis. "Mengapa engkau bersedih?" tanya malaikat maut. "Tidak tahulah." Jawab Ilyas. "Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?" tanya malaikat. "Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berzikir memuji Allah." jawab Ilyas.

                        Saat itu Allah s.w.t. lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hdup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah s.w.t. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya.
"Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti." Kata Allah s.w.t.

pahlawan neraka



                        Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

                        "Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

                        "Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." MenurutRasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

zaman Nabi Ibrahim : kisah burung pipit




Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Raja Namrud yg zalim, seekor burung pipit berulang-alik drpd sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dgn membawa air kolam tadi dlm paruhnya yg kecil.

Kejadian ini dilihat oleh Malaikat Jibril a.s. & Jibril bertanya kpd sang pipit, 

“Adakah air itu mampu utk memadamkan api yg menggila marak & besar itu? “

Lalu sang pipit menjawab, 
“Yg dia tahu bahawa air yg dibawa tidak terpadamkan api yg ganas itu. Namun, sekurang²nya saya telah menjalankan tanggungjawab & tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.”

Iktibar & pengajaran:
Sebagai seorang insan yg mengaku beragama Islam: 
Apakah usaha kita utk menegakkan syiar kebenaran Islam? 

Adakah kita hanya berpeluk tubuh bila Islam dihina & dicerca?

Usaha yg kecil namun dikerjakan secara berterusan lebih baik ertinya drpd usaha yg kelihatan besar namun dikerjakan sekali-sekala. Bagaimanapun, ia lebih baik drpd langsung tidak berbuat apa-apa.

Ada juga insan yg merasa takut utk menegur pemimpin krn beliau berfikir beliau hanyalah seorang insan kerdil yg tidak punyai pangkat atau jawatan.

Jadilah insan yg benar² berjiwa merdeka. Apa makna merdeka? Maknanya kita bebas, tidak takut & tidak memperhamba diri kpd manusia. 

Jadilah insan berjiwa merdeka yg tauhidnya jelas iaitu berani menyatakan sesuatu yg benar tanpa rasa gementar dgn ancaman & ugutan manusia.

Niat kita mesti betul dlm perjuangan, niat kita wajib diperbetulkan. 

Kita berjuang krn Allah
ALLAHU AKHBAR!!!

titipan doa utk ibuku



Ahad, 3 Februari 2013

Dulu & Kini

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh kami ramai tak terkira.

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga dan melindungi

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki kianat, perogol bersiri

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita

Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapapun berani menggoda

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa

Dulu,
Lelaki menggadai harta & nyawa
Untuk menggangkat kemuliaan agama

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu, dunia dan seisinya

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad, tekun berdakwah

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah

Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen & Ummah
Al-Farouq, Zunnurain mati terbunuh

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh

Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertingkah
Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul


Taman2 yg memiliki bunga bahagia


~ Jalan kebahagiaan di depanmu, Carilah ia dalam lautan ilmu, amal soleh & akhlak mulia.

~ Kelembutan Allah betapa pun lama masanya terasa bagaikan kerdipan mata bila mata terpejam.

~ Gembiralah dgn hidup ini kerana hidup ini indah & dan jadikanlah ia sebagai hamparan utk stp kebaikan.

~ Kendalikanlah fikiran anda nescaya anda akan meraih kebahagiaan.

~ Engkau hanya melihat duri pd tangkai mawar ttp tdk melihat titisan embun yg menghiasi bahagia atasnya.

~ Ada 1 jalan menuju kebahagiaan iaitu berhenti mengejar sesuatu yg tdk mampu kita raih.