Isnin, 12 Ogos 2013

HACKS

-Hanya Allah Cinta Ku Selamanya-

InsyaAllah...Cinta kpd Allah adalah cinta paling atas sekali dlm hati kita..
tp x bermaksud kita x mencintai ibu bapa & keluarga kita..
Tetapkanlah hati kita untuk mencintai & merindui Allah lebih dr segalanya

Nak tau kenapa? Sebab  siapa yg mendapat cinta Allah, 
Allah akan memberitahu Jibrail, yg Dia mencintai seorang hamba ini.
Lepas itu, Jibrail pulak memberitahu  penduduk langit bahawa,
Allah SWT mencintai hamba ini. Dan penduduk langit pula akan mencintai 
hamba itu sehingga Allah menjadikan penduduk bumi pun turut mencintai hamba itu...

Jadi, kalau rasa nak disayangi, kita kejarlah cinta Allah terlebih dahulu, 
kerana Allah yg memegang hati hamba-hambaNya untuk mencintai kita..


Doa Nabi Daud as yg sntsa memohon cinta Allah:

"Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon kpd-Mu cinta-Mu
& cinta org2 yg mencintaimu & aku memohon kpd-Mu
perbuatan yg dpat menghantarku kpd cinta-Mu. 
Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih ku cintai drpd diriku
& keluargaku serta air dingin"

*Berusahalah utk membaiki  diri kita..InsyaAllah











Sabtu, 10 Ogos 2013

Mujahid & Mujahidah

 “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yang soleh sebagai nakhoda duniaku, agar dia dapat melayar dan membimbing hidupku menuju syurgaMu…”
Tatkala aku terbaca doa di atas..terdetik di hatiku...Layakkah diri ini mengimpikan seorang mujahid sedangkan diriku bukanlah seorang mujahidah?

Diri ini masih belum layak digelar mujahidah,
Seorang mujahidah solehah tidak akan mengeluh saat dirinya ditimpa kesusahan.
Seorang mujahidah fi sabilillah tidak akan mengeluh tentang makanan 
yg diberikan ketika dia berjuang,
Krn baginya setitis air pun sudah mencukupi bagi meneruskan jihadnya.
Seorang mujahidah tidak akan mengeluh krn panas ketika tidur,
Krn dia sentiasa ingat yg panasnya azab di neraka itu 
lebih panas dr segala jenis api di dunia.

Mujahidah yg solehah menangis krn rindunya dia pada Rasulullah,
Dan betapa dia mengemis redha Ilahi,
Krn dia pasti, Tangisan utk Ilahi itu lebih bernilai.

Seorang mujahidah yg berjuang demi redha Allah ialah seorang yg amanah,
Dia bukan seorang munafiq,
Amanah yg ditanggung di bahunya akan dipikul, Sehingga akhir hayatnya.

Seorang mujahidah ialah seorang yg wala' kpd pemimpin, 
asalkan tak melanggar syariat.
Namun dlm ketaatannya kpd ketua,
Dia masih dapat menjaga ukhuwah fillah antara dia & sahabat
 seperjuangannya, kerana dia tahu,
Ukhuwah fillah itu penting dlm membangkitkan ummah.

Seorang mujahidah pemburu syahid tak akan menyerahkan cintanya 
sewenang²nya kpd seorang ajnabi,
Krn hatinya hanya utk dimuatkan dgn cinta Rabbul Izzati & cinta orang yg mencintaiNya
Ya Allah..

Rabu, 7 Ogos 2013

Risalah Hati


*(5/8/13)(1:07)

Allah turunkan hujan, tapi ade yg mengeluh,
Allah hadirkan pelangi, bagaikan penawar di hati,
Begitu juga duniawi..
Allah berikan masalah, tapi Dia sertakan dengan penawar,
Sayang...tak semua masalah mempunyai penawar yang
seindah warna pelangi..

Kebenaran tak selalunya indah..
Kebohongan tak semestinya perit..
Mengalah bukan berertinya aku tak berani..
Berdiam bukan ertinya setuju
Ketawa bukan ertinya gembira
Bermasam muka tak semestinya kecewa
Menangis bukan ertinya sedih..

Aku tau dunia ini indah...
Seindah isinya yang dijadikan oleh Tuhanku
Tapi aku juga manusia biasa..
Yang tak mampu membeku rasa hati..
Menzahirkan perasaan aku kepada semua..
Aku tak mampu menipu perasaan aku..
Berpura-pura gembira ketika aku sedih..
Ketawa ketika aku ingin menangis..
Perlukah aku berbuat begitu..
Sedangkan hati aku yang menanggung semuanya..

Siapa kita untuk menidakkan rasa hati?
Siapa kita untuk menghakimi hati orang?
Siapa kita di hati orang yang kita sayang?
Siapa kita untuk membuatkan orang lain menangis?
Siapa kita sebenarnya?