Ahad, 30 Jun 2013

Fesyen & wanita muslimah

# Saya tertarik nk sebarkan kpd kwan2 sekaligus menjawab pertanyaan2 yg adik2 saya tanya... :)

Islam itu indah kalau kita hayatinya..
Islam itu mudah kalau kita dalaminya..
Betul x kwan2..

Nabi Muhammad saw sngt mengambil berat tentang wanita..sehinggakan dlm  haji widaq antara ingatan nabi, yg nabi sebut sngt2 adlh tntg wanita..Kata nabi "Sesiapa yg muliakan wanita maka dia lelaki yang mulia". Saya ucapkan tahniah kpda lelaki2 yg muliakn wanita..

Kawan2 sekalian, kata Syeikh Yusuf Al-Qaradawi ada perkara yg perlu kita jelaskan betul2 dalam fitrah kita..kata syeikh "kata ya kpd kemodenan dan katakan tidak kpd pembaratan"" Katakn ya kpd silang budaya, dan katakan tdk kpd serangan budaya".Rasa2 kwan2 lar..ape hukum asal berfesyen..haram atau mubah(harus/dibolehkan). Sebenarnya dlm islam TIDAK ade pun dalil yg betul2 sohih lagi soleh yg mengatakan fesyen itu haram. Kalau ade pun ia hadis2 yg ditafsirkan kpd bnyk wajah.Ade ulama yg mentafsirkn kpd bentuk yg zahir, ade ulama yg mentafsirkn kpd keadaan pda zman itu,ape yg syarak nk pd maksud hadis itu.

Dalam Qawaied Fiqhiyyahada menyebut 1 kaedah: "al-Aslu fil ashya' al-ibahah" Maksudnya :Asal sesuatu perkara itu adalah HARUS". Mengikut mazhab Syafie yg mengharuskan hukum sesuatu perkara sehinggalah dtg dalil yg mewajibkan atau mengharamkan perkara tersebut.Rasulullah ada bersabda :“Halal itu apa yang telah diperkatakan halal oleh Allah dalam kitab-Nya,haram itu apa yang diperkatakan haram oleh Allah itu dalam kitab-Nya, dan apa tidak diperkatakan oleh-Nya,  (tidak dinyatakan halal dan haram secara qati’e) maka ianya dimaafkan perkara tersebut disisi Allah”.(Hadis Riwayat al-Tarmizi) <----islam itu mudah kan..

Persoalan awal adalah wajibnya menutup aurat adalah sesuatu yg dipersepakati dan tiada khilaf mengenainya. Tetapi batasan2 aurat itu adalah dlm daerah khilaf...Daerah khilaf ini bermaksud ada berbagai2 pandangan, dan stp pandangan2 yg berbeza ini semuanya berada dlm daerah pahala. Islam jadi susah kalau kita mengharapkan hanya 1 pandangan dlm perkara yg khilaf. Kata Nabi saw "Barangsiapa berijtihad dan ijtihadnya betul, maka dia mendapat 2 pahala dan kalau salah dia mendapat 1 pahala". 

Ada yg kate semu anggota bdan wanita itu adlh aurat termasuk muka & tapak tangan, ade jgak yg kata  muka & tapak tgn boleh dibuka, ade jgak yg kate aurat kaki jgak boleh dibuka. Itu semu adalah dlm daerah pahala. Tetapi kalau ade yg kate wanita x wajib menutup aurat..ini yg salah.Firman Allah SWT, “Allah mahukan kemudahan bagimu. Allah tidak mahukan kesusahan bagimu.” (Al-Baqarah: 185).

Kwan2 nk tau x kenapa wujudnya islam liberal? Menurut kajian2 islam liberal wujud krna tekanan2 dlm menghadapi golongn2 yg ekstrem dgn islam.Jgn anggap ade 2 golongn saje iaitu golongn yg patuh & golongn yg ekstrem..tak..sebenarnya ade 3 iaitu :

 1- golongn yg ekstrem
# golongn ini serba mengongkong, wanita tak boleh buat ini, x boleh buat itu, yg ni haram,wanita x blh kluar rumah, kene duduk rumah & sebagainya.Mereka ini melepaskan semua ikatan & menganggap semua perkara dlm islam itu x boleh berubah. Maksudnya kalau hadis kata begini, beginilah semata2 & x boleh terima semu khilaf2 yg ade.

 2- golongn yg mengambil mudah
# golongn ini anggap semua dlm islam itu boleh berubah

3- golongn yg berada dipertengahan
# golongn ini dia menyeimbangkan golongn pertama dan kedua. Ia pegang bahawa dlm islam ade perkara2 yg tetap & ade yg boleh berubah. Maksudnya ade yg perlu ikut secara tetap & ade yg boleh menerima khilaf.


# Saya harap semu ni berguna utk kwan2..apa yg penting mahu atau tak kita menutup aurat..kerana ape kita menutup aurat..krna Allah/ krna manusia.

Isnin, 24 Jun 2013

Cinta yg Suci


Cinta merupakan peranan yg sngt penting dlm asas penyatuan kehidupan manusia. Kenapa? Krn segala kehidupan bermula dngn cinta. Ya, kuasa cinta cukup hebat dan aneh sekali. Bila seseorang itu dikuasai dngn cinta, hati yg kejam boleh berubah menjadi hati yang lembut dan penyayang.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah dalam bukunya yang bertajuk ‘Cinta dan Rindu Menurut Al-Quran dan As-Sunnah’, beliau menyatakan bahawa pengertian cinta amatlah luas dan mendalam kerana ia berkait rapat dngn hati manusia. Di dalam Islam, cinta terbahagi kepada 3 bahagian:
1-cinta kepada Allah dan Rasul
2-cinta kepada sesama manusia dan makhluk lain
3-cinta kepada diri sendiri.

Rasulullah SAW ada menjelaskan bahawa salah satu dari ciri kesempurnaan iman seseorang adalah dia mencintai saudaranya melebihi cintanya pada dirinya sendiri. Daripada Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda, “Tidaklah (sempurna) iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”

Sahabat2 sekalian,
cinta sesama Muslim seharusnya didasarkan kepada Allah Taala semata-mata. Daripada satu hadis yang driwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda, Ada seorang mengunjungi saudaranya di desa lain, lalu Allah mengutus seorang malaikat untuk menemui orang itu. Ketika orang tersebut sampai di desa yang dituju, malaikat bertanya, “Mahu ke mana kamu?” Orang itu menjawab, “Aku mahu menjenguk saudaraku di desa ini.” Tanya malaikat selanjutnya, “Apakah dengan mengunjunginya kau memperoleh banyak keuntungan?” Orang itu menjawab, “Tidak, aku hanya mencintainya kerana Allah Azza wa Jalla.” Malaikat itu mengatakan, “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah untuk memberitahukan kamu bahawa Allah menyenangimu sebagaimana kamu menyenangi saudaramu kerana Allah.”Sahabat2 paham kan hadis dia atas, kita seharusnya saling tolong-menolong di antara satu sama lain tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak. 

Allah Taala mencipta makhluk di dunia ini bukanlah sebagai individu yang hidupnya seorang diri saja tapi sebagai makhluk di dunia yang hidup secara bermasyarakat. Bertepatanlah dengan firman Allah Taala dalam surah Al-Maidah, ayat 2 yang bermaksud, “Dan tolong-menolonglah kalian dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam membuat dosa dan pelanggaran.”

Sesungguhnya seorang Muslim yg menyayangi saudaranya sendiri ibarat menjaga dan memelihara takwa dan iman yang ada dalam diri mereka sendiri. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, dia berkata,” Rasulullah SAW bersabda, ‘Janganlah kalian saling mendengki, saling menfitnah, saling membenci, dan saling membelakangi. Janganlah seorang muslim berjual beli sesuatu yang masih dalam penawaran seorang muslim lain dan jadikan kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara, tidak boleh saling menyakiti, merendahkan dan menghina. Takwa itu ada di sini (Rasulullah menunjuk dadanya dan beliau mengucapkannya tiga kali). Sudah cukup kejelekan seorang yang menghina saudara sesama Islam. Muslim yang satu dengan yang lain haram darahnya, hartanya, dan kehormatannya.”

Hal ini diulaskan lagi oleh Imam Nawawi mengenai betapa pentingnya rasa cinta dan kasih sayang sesama Muslim. Beliau menerangkan bahawa jika seseorang itu tidak cinta kepada saudaranya sebagaimana dia cinta pada dirinya maka dia adalah seorang pendengki. Menurut Imam Ghazali pula, pendengki ini terdiri daripada 3 jenis iaitu: 
1- bercita-cita supaya hilang terus nikmat orang lain dan berpindah nikmat itu kepadanya.
2- bercita-cita supaya hilang nikmat tersebut ke atas orang lain sekalipun dia tidak mendapatnya.
3- tidak bercita-cita supaya hilang nikmat itu daripada orang lain tetapi dia tidak suka melihat orang itu lebih tinggi daripadanya.

Kita semua diibaratkan sebagai satu tubuh dalam hal saling mengasihi dan menyayangi, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, diriwayatkan dari Nu’man bin Bisyr, dia berkata, “Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Orang-orang mukmin dalam hal saling menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada sebahagian tubuh yang sakit, maka seluruh tubuh tidak bisa tidur dan turut merasakan sakitnya.” Melalui hadis Nabi SAW ini, kita dapat mengetahui bahawa cinta ini merupakan satu penyatuan antara jiwa dengan jiwa yang lain kerana adanya keserasian. Jika air bercampur dengan air, maka keduanya sukar dipisahkan seperti mana cinta antara manusia.

Di samping itu, Allah Taala memuliakan mereka yang saling mencintai dan bersahabat kerana Allah Taala. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, “Pada hari kiamat Allah berfirman: Di manakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari yang tiada naungan selain naunganKu ini, Aku menaungi mereka dengan naunganKu”.

Begitu juga dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abdullah bin Amru Al-Ash dari Nabi SAW, Baginda bersabda: “Barangsiapa yang ingin agar dirinya dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke syurga, maka hendaklah saat dia menemui ajalnya dalam keadaan beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, dan dia memberikan kepada manusia sesuatu yang dia suka hal itu diberikan kepadanya.”

# Ya, memangcinta itu fitrah bagi stp manusia. Kita sbgai remaja ingin utk mencintai & dicintai.Tetapi didiklah perasaan cinta & kasih sayang kita ke arah jalan yg betul mengikut acuan madrasah Rasul..dunia akan sunyi tanpa cinta manusia.. ;)

Khamis, 20 Jun 2013

Hadis nabi & cinta


 Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai'ankatsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai'an fa huwa `abduhu). Kata Nabi juga, ciri dari cinta sejati ada tiga :

1.    lebih suka berbicara dengan yg dicintai dibanding dgn yang lain
2.    lebih suka berkumpul dengan yg dicintai dibanding dgn yang lain, dan
3.    lebih suka mengikut kemauan yg dicintai dibanding kemauan orang lain/diri sendiri. Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah Swt, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Alloh SWT daripada perintah yang lain.

Dalam Qur'an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:
1.  Cinta mawaddah  
     Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara. Org yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia
 ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain. <---cenderung mcm remaja skrg
2.  Cinta rahmah    
     Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi.
 Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antar orang yang bertaliandarah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur'an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham ,yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri,yang berasal dari  kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim. Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim, atau silaturrahmi artinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.
3.  Cinta mail     
     Cinta mail adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga kurang perhatian dlm hal2 lain. Cinta jenis mail ini dalam al Qur'an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.
4.  Cinta syaghaf     
     Cinta syaghaf adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qadsyaghafaha hubba) bisa seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyedari apa yang dilakukan. Al Qur'an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, istri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.
5.  Cinta ra'fah
     Cinta ra’fah adalah rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma2 kebenaran, misalnya            kasihan kepada anak sehingga tidak tega membangunkannya untuk solat, membelanya meskipun salah. Al Qur'an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak
menegakkan hukum Allah, dalam hal ini khusus hukuman bagi pezina. 
6.  Cinta shobwah    
     Cinta shobwah adalah cinta buta, cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al-Qur'an menyebut term ni ketika mengkisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan  Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaanYusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun mialjahilin
7.  Cinta syauq (rindu)
     Cinta syauq (rindu) ini bukan dari al Qur'an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur'an. Dalam surah al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahwa barang siapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma'tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as'aluka ladzzata annadzori ila wajhikawa as syauqa ila liqa'ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu. Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin waNuzhat al Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, hurqat al mahabbahwa iltihab naruha fi qalb al muhibbi.
8.  Cinta kulfah     
    Cinta kulfah adalah perasaan cinta yang disertai kesedaran mendidik kpd hal2 yang positif meski
sulit, spt org tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada  pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur'an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, layukallifullah nafsan illa wus`aha 

Selasa, 11 Jun 2013

Malam

Malam ini aku melagukan irama,
Menggegarkan kesunyian sukma pujangga,
Suasana gelap tukar berwarna,
Beralunan bayu irama kesuma.

Khayalan aku mengulit syahdu,
Mengimbau masa yang lalu,
Melihat redupan matamu
Aku hiba dalam rindu,
Tatkala nostalgia kita bersatu,

Akan kuhulurkan tanganku,
Akan kuusapkan air matamu,
Akan kudengar segala titipan kasihmu,
Akan ku ucapkan kata kasih dan sayangku,
Jikalau aku bisa memutar malsa lalu.

Ketika malam berlalu pergi,
Aku titipkan doa yg tulus dari hati,
Supaya aku dekat dgn Ilahi,
Sebelum hidupku menjadi sepi,
Meninggalkan orang yang ku sayangi,





Hanya " Terima kasih"

~ Tahniah ana ucapkan kpd kawan2 sntiasa mengucapkn “ Terima kasih” sbgai tanda syukur.
~ Cerita yg ana nk smpaikan ni berkaitan dgn ucapan terima kasih yg plg baik & menurut sunnah.

~Hal ini terjadi di alam kubur & diriwayatkan oleh Al-Barro’ bin Azib rodhiyallohu anhu,
~Ada seorang hamba yg beriman diuji dgn pertanyaan dlm kubur

Cerita nya dimulai dgn...

Pada suatu ketika dtg seseorg yg wajahnya baik, berbau wangi dan memakai baju yang bagus,

lalu orang tersebut berkata: “Bergembiralah dengan kemuliaan dari Allah dan kenikmatan yang abadi”,

lpas 2 hamba yg beriman itu bertanya: (dan semoga Allah juga memberi khabar gembira berupa kebaikan), siapakah anda?”

lalu orang itu mnjawab: “Aku adalah amal sholehmu, engkau dahulu-demi Allah-sangat cepat dalam taat kepada Allah sangat lambat (menjauhi) dalam maksiat kepada Allah, fa jazakallahu khairan.”

Lpas 2 dibukakan untuknya sebuah pintu syurga dan sebuah pintu neraka, lalu dikatakan: “Ini (neraka) adalah tempatmu seandainya engkau bermaksiat kepada Allah, dan Allah telah menggantikan untukmu dengan yang ini (syurga) …”.

Klu nk baca dgn lebih teliti ini hadisnya :

[HR. Ahmad no. 17872, Abdurrozzaq dalam Mushonnaf-nya no. 6736, dll. Dishohihkan syaikh al-Albani dalam Ahkamul Jana'iz hal.158]

# jadi ucapkanlah bende yg baik dan tetapkn nawaitu itu krn Allah swt... :D

Ucapan itu ialah : “Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza” 
Maksud : “Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.




Isnin, 10 Jun 2013

Hanya kerana Perbezaan

Allah jadikan kita berbeza,
Untuk menghiasi dunia,
Mencerahkan yg gelap,
Mewarna-warnikan yg pudar.

Allah berikan kita rasa bahagia,
Untuk melupuskan rasa duka dan sengketa,
Mengubat rasa sakit dengan gelak ketawa,
Melahirkan senyuman melupuskan air mata.

Allah anugerahkan kita perasaan,
Untuk menebarkan rasa cinta dalam kehidupan,
Menjaga sekeping hati dari kesedihan,
Jauh sekali penyesalan,
Apatah lagi membiarkan air mata berguguran,
Menghanyutkan diri dengan lamunan.

Akhirnya, Allah hadirkan kita sahabat sejati,
Untuk kita sayangi dengan setulus hati,
Disaat terluka mahupun sepi,
Dia tetap menunggu di sisi,
Membangunkan semangat di sanubari,
Menjadi kekuatan kita setiap hari.



Ahad, 2 Jun 2013

Indah dan Indah


Indah,
Indahnya matahari tanpa kita sedari,
Cahayanya yang memancar terang menyembunyikan  rahsia diri,
Dengan terbit dan terbenamnya matahari,
Melahirkan ketenangan yang bersinar seperti silauan mentari,
Suasananya yang romantis menjadi  igauan para pencinta 
manusia yang saling mencintai.

Indah,
Indahnya hujan tanpa kita bayangi,
Turunnya ke bumi sering kita resahi,
Tetapi hilang titisannya timbullah pelangi,
Membuatkan hati teruja dengan warnanya yang berseri.

Indah,
Indahnya manusia tanpa kita selidiki,
Bukan kerana kecantikan mahupun keperibadian diri,
Tetapi indah itu terletak pada ikatan yang terbina antara manusiawi,
Persahabatan itu sudah mencukupi,
Hadirnya sahabat sudah melengkapi,
Menyempurnakan hari-hari yang ditempuhi.

Indah,
Indahnya bintang tanpa kita nikmati,
Kerlipannya berseri dengan sendiri,
Mengelilingi bulan dengan berani,
Berani menangkis kesepian di hati,
Menjadikan diri ini terasa disayangi,
Walaupun orang yang disayangi jauh 
tapi dekat di hati.