Sabtu, 20 Oktober 2012

soal hati



Pernahkah kita bertanya soalan ini
kepada hati kita?.....

Apa kabar cinta?

Masihkah tetap untuk-NYA……?

Apa kabar rindu?

Masihkah tetap untuk surgaNYA..?

Apa kabar hati?

Masihkah sesejuk dan sebening embun pagi….?

Apa khabar sayang?

Adakah cintamu padaNYA lebih dr
cintamu padaku?...


Ahad, 30 September 2012

CINTA DAN WARNA..

Dari mata turun ke hati..
Dari jauh mudik ke tepi..
Dari Allah kepada manusiawi..
Dari Nabi hingga hari ini..

Cinta tidak pernah lupus..
tidak pernah hilang...
kenapa?...
kerana manusia yang memerlukan cinta..
Bagaimana dengan warna?...
Ia...manusia juga perlulah warna..
kerana warna manusia merasai
perasaan gembira dan sedih..
sepi lah cinta tanpa warna...

sifat disebalik warna kegemara seorang wanita

MERAH
Berani, emosional, tegas, tamak, tahan lasak, suka bersenang-senang

BIRU
setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap, memberi maaf, tegas

HIJAU
subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian higga kadang-kadang seakan kolot

HITAM
suak menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baih hati tetapi cepat tersinggung.

COKLAT
kaya dengan sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun,halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah

UNGU
pemurah, merdeka hatinya, tidak suka diperintah, iniasitif, bijak tetapi agak emosi, keinginan sederhana

KELABU
suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suak bekorban, cerdas dan bijak

Bagi saya...saya gemar warna hitam, koko dan ungu...tapi lebih kepada warna hitam la...semua ciri-ciri tu 90% kena la....(just smile)


Sabtu, 29 September 2012

lukisan cinta di malam hari

perasan tak..
CINTA itu datang dri Allah..
kemudian lahir ke hati setiap insan..
CINTA itu hanya pinjaman...
org kata kalau kita pinjam sesuatu..
kita kena jaga dengan baik..

CINTA..
Allah berikan cinta untuk kita..
saling menjaganya..
bukan untuk menyakitinya..
Allah tidak menghalang kita untuk bercinta ..
tapi Allah berikan syarat untuk mencintai seseorang..
CINTAilah dia kerana Allah...
dan tundukkanlah CINTA kepada Allah..
kerana Allah jadikan seorang Hawa
itu istimewa di sisi Adam nya..

CINTA..
Ia memang indah kalau disertai dengan iman..
manisnya cinta hingga Allah melarang kita untuk
membunuh cinta...
kerana orang yang membunuh cinta
samalah dia seperti paderi dan sami..
kerana dunia akan sepi tanpa cinta seorang insani..


Ahad, 19 Ogos 2012

Tangisan sanubari

Hati
Kau tahu ku cintai,
Ku sayangi, ku rindui
Wardah kepimpinan islami
yang sentiasa bergema selawat Nabi
di bumi SMKANT.

Hati
Kau tahu hari ini,
semua itu....bagaikan lenyap sendiri
Pergi tanpa kembali
Arghhh...sakitnya hati ini
Melihat putera puterinya leka dengan duniawi,
pentingkan diri,
memberontak dalam sepi,
Mengapa ? dan siapa yang perlu memulai,
Suasana dulu yang ku rindui,
Adakah ia hanya mimpi?
Atau bakal disinari dengan cahaya mentari,
Oleh kepimpinan yang diberkati
pada suatu ketika nanti.

Hati
Kan ku doakan, ia bakal terjadi,
Walaupun musim berganti,
Ku telah jauh dari bumi SMKANT,
Menabur bakti pada ayahanda dan bonda yang dikasihi,

Sabtu, 21 Julai 2012

Hatiku yang disakiti..

kadang2 aku inginkan pelangi,
tetapi yang aku dapat hanya matahari,
kadang2 aku rindukan kasih yang suci,
tetapi yang aku dapat hanya sakit hati,
kadang2 aku inginkan perhatian dia setiap hari,
yang aku dapat hanya kata2 kesat menghiris hati,
kadang2 aku ingin melarikan diri,
tetapi aku cintakan dia kerana Ilahi,
kadang2 aku ingin tidur tanpa bangun lagi,
tetapi aku sedar dia orang yang lemah seperti diriku ini,
kadang2 aku ingin memeluk dirinya yang dirindui,
tetapi yang aku rasa hanya perasaan benci,
Ya Rabbul Izati...
Kau kuatkanlah hatiku ini,
Kau lembutkanlah hatinya untuk menyayangi,
Diriku yang hina dan lemah ini,
Sungguh...... namanya sentiasa di hati,
yang aku ingat  setiap hari,
walaupun dalam mimpi,
yang aku sayang lebih dari diri,
Aku tidak minta segala isi duniawi,
Cukuplah sekadar dia memahami dan mencintai,
diriku yang miskin dengan kasih di hati.

Sabtu, 14 Julai 2012

Haya Tuhan Yang Tahu

Kadang-kadang nak mencintai seseorang 2 senang,
tapi nak orang 2 mencintai kite yg susah,
Kadang-kadang kite nak sentiasa menjaga hati dia,
Tapi nak die menjaga hati kite yang susah,
Tapi yg aku tahu...
Aku sntiasa Mencintai, menyayangi, dan menjaga die
wlupunpun org 2 x tahu...
sbb die org plg bermakna dlm hati aku...
aku harap Allah sntiasa merahmati dan meredai hidup die...
Sapa org 2 ...biar aku & Allah je yg tahu...
yg pasti die bkan seorg lelaki...
Sape2 yg baca....Doakanlah supaya aku dan org 2..
rapat & saling menyayangi sampai ke akhirat...
luv u 4 ever....

Jumaat, 18 Mei 2012

Hanya Sebuah Lagu

hayatilah lagu ni,
wahai semua yang disayangi,
renunglah diri...
perbaiki hati....
semoga kita sentiasa mengingati,
kekasih kita yakni ILAHI...

Sebuah Janji

tersenyum aku ketika ini,
memikirkan impian di hati,
untuk menjadi seorang insani,
yang dihormati,
juga disanjungi,
oleh semua orang di bumi,
walaupun sukar untuk direaliti,
tetapi sekadar penghibur hati,
juga sebagai penguat diri,
kan ku tekad pegangan ini,
untuk berjaya suatu hari nanti,
akan ku buktikan pada manusiawi,
diriku ini sangat berani,
mencapai cita-cita yang diingini,
sebagai seorang jurutera islam yang disegani,
semoga dikabulkan oleh ilahi....



Jangan Kau Salah Erti

Tahukah kau wahai lelaki,
aku sukakan bunga tapi ia akan mati,
aku suka kan pelangi tapi ia akan pergi,
Sedarlah wahai insani,
perasaan ini sungguh misteri,
menyayangi dan disayangi,
ingin sekali,
tetapi benarkah ia akan menjadi realiti,
kerana kau tidak mengerti,
perasaan aku ini,
yang ingin dicintai sepenuh hati,
oleh kau bakal suami,
arhh, sungguh rumit untuk percayai,
yang kau sudah pergi,
meninggalkan aku sendiri,
tanpa teman di sisi,
pergilah kau dari sini,
aku tidak perlukan kau lagi,
walaupun wajahmu aku rindui,
setiap malam ketika mimpi,
 kini aku kuat untuk bersendiri,
tahukah kau kenapa begini,
kerna aku ingin mencari,
seorang suami bukan sahaja untuk melindungi,
tetapi menjadi peneman di syurga ilahi,
so, aku harap kau percayai,
yang aku tidak perlukan kau di sisi,
pergilah hiburkan diri,
jangan kau kembali di hati ini,
kerna aku sudah  serik disakiti,
olehmu wahai lelaki,
so, kau pikirlah sendiri....


Luahan Padamu

ketika melihat matamu...
ku mengerti isi hatiku..
biarlah waktu yang menentu..
siapa kau untukku..
bila kita akan bersatu..^_<