Sabtu, 10 Ogos 2013

Mujahid & Mujahidah

 “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yang soleh sebagai nakhoda duniaku, agar dia dapat melayar dan membimbing hidupku menuju syurgaMu…”
Tatkala aku terbaca doa di atas..terdetik di hatiku...Layakkah diri ini mengimpikan seorang mujahid sedangkan diriku bukanlah seorang mujahidah?

Diri ini masih belum layak digelar mujahidah,
Seorang mujahidah solehah tidak akan mengeluh saat dirinya ditimpa kesusahan.
Seorang mujahidah fi sabilillah tidak akan mengeluh tentang makanan 
yg diberikan ketika dia berjuang,
Krn baginya setitis air pun sudah mencukupi bagi meneruskan jihadnya.
Seorang mujahidah tidak akan mengeluh krn panas ketika tidur,
Krn dia sentiasa ingat yg panasnya azab di neraka itu 
lebih panas dr segala jenis api di dunia.

Mujahidah yg solehah menangis krn rindunya dia pada Rasulullah,
Dan betapa dia mengemis redha Ilahi,
Krn dia pasti, Tangisan utk Ilahi itu lebih bernilai.

Seorang mujahidah yg berjuang demi redha Allah ialah seorang yg amanah,
Dia bukan seorang munafiq,
Amanah yg ditanggung di bahunya akan dipikul, Sehingga akhir hayatnya.

Seorang mujahidah ialah seorang yg wala' kpd pemimpin, 
asalkan tak melanggar syariat.
Namun dlm ketaatannya kpd ketua,
Dia masih dapat menjaga ukhuwah fillah antara dia & sahabat
 seperjuangannya, kerana dia tahu,
Ukhuwah fillah itu penting dlm membangkitkan ummah.

Seorang mujahidah pemburu syahid tak akan menyerahkan cintanya 
sewenang²nya kpd seorang ajnabi,
Krn hatinya hanya utk dimuatkan dgn cinta Rabbul Izzati & cinta orang yg mencintaiNya
Ya Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan