Rabu, 4 September 2013

Sayangku buat ayah & ibu


Keluar dari biah solehah membuatkan aku sering berfikir tentang diri & persekitaran. Jauh dari keluarga membuatkan aku berfikir tentang keluarga. Sudahkah aku menjadi anak yg solehah utk ibu & ayahku.

Kita mungkin anak yang tak mampu untuk membina rumah yang besar, cantik dan gah untuk kedua ibu bapa kita. Tapi jangan biarkan kita tak mampu untuk membina mahligai indah untuk mereka disyurga Allah s.w.t.
Berusaha utk menjadi anak yg soleh & solehah itu lebih baik dr tdk melakukan ape2.

Ayat2 cinta dari Allah swt kpd hamba-hambanya:

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15)

“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Doaku buat ibu & ayah :

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil” (al-Isra’, 17: 24)




SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan