Jumaat, 18 Mei 2012

Jangan Kau Salah Erti

Tahukah kau wahai lelaki,
aku sukakan bunga tapi ia akan mati,
aku suka kan pelangi tapi ia akan pergi,
Sedarlah wahai insani,
perasaan ini sungguh misteri,
menyayangi dan disayangi,
ingin sekali,
tetapi benarkah ia akan menjadi realiti,
kerana kau tidak mengerti,
perasaan aku ini,
yang ingin dicintai sepenuh hati,
oleh kau bakal suami,
arhh, sungguh rumit untuk percayai,
yang kau sudah pergi,
meninggalkan aku sendiri,
tanpa teman di sisi,
pergilah kau dari sini,
aku tidak perlukan kau lagi,
walaupun wajahmu aku rindui,
setiap malam ketika mimpi,
 kini aku kuat untuk bersendiri,
tahukah kau kenapa begini,
kerna aku ingin mencari,
seorang suami bukan sahaja untuk melindungi,
tetapi menjadi peneman di syurga ilahi,
so, aku harap kau percayai,
yang aku tidak perlukan kau di sisi,
pergilah hiburkan diri,
jangan kau kembali di hati ini,
kerna aku sudah  serik disakiti,
olehmu wahai lelaki,
so, kau pikirlah sendiri....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan