Isnin, 15 April 2013

Sengaja

Sengaja, 
Sengaja aku memilih jalan ini,
Kerna aku yakin sirna itu mampu membuat hatiku teguh biarpun sepi,
(pengalaman bersama sahabat di asrama mahupun di sekolah ada suka dan duka,saling mengingati, kadang2 bergaduh tapi tetap bersama)

Sengaja aku memilih yang terindah,
Bukan kerana aku terlalu sempurna tetapi cukuplah keindahan itu mampu menangkis masalah,
(kita saling bercerita mengenai masalah kita, indah kan persahabatan..tanpa mengenal darjat mahupun jawatan)

Sengaja aku memilih untuk pergi,
Bukan kerna aku kalah tapi aku tahu kejayaan aku sedang menanti,
(sedih berpisah....tapi tetap bersahabat hingga akhirat, capailah cita2 kita kawanku)

Sengaja aku membuka lembaran itu,
Kerna aku insan biasa yang tidak dapat menanggung perasaan rindu,
Rindu pada pelangi yang indah dengan kehadiranmu,
Sengaja aku mengungkit kenangan lalu,
Kerna persahabatan ini terlalu bermakna dalam hidupku...
(gunakanlah fb utk mengeratkan silaturrahim antara kawan2..dan berharap kita akan berjumpa lagi)

.

1 ulasan:

  1. terbaek la kwn !

    hope our ukhwah 4ever ^_^

    ukwahfillahabadanabada <3

    insyaAllah ~

    BalasPadam