Sabtu, 27 April 2013

Rindu



Rindu..
Kenapa kau bertamu di hatiku,
Kenapa kau menyinggahi jiwaku,
Kenapa mesti kau datang tanpa aku relai,
Dari mana dari siapa kau datang,
Perlukah aku terus membiarkan rindu ini bertamu,
Atau...aku perlu mengusirnya,
Hanya kerana ia datang tanpa aku relai,

Rindu,
Ketahuilah bahawa aku tidak membencimu,
Bukan kerana aku takut ia berubah menjadi sayang kepadamu,
Tapi aku punya prisip dalam hidupku,
Prinsip yang teguh dalam apa jua keadaanku,

Rindu,
Andai tiba saat itu,
Akan ku relai kau bertamu di hatiku,
Kerna ku yakin kau yg halal ditakdirkan dalam hidupku,
Jiwa ini akan sepi tanpa rindumu,
Jiwa ini akan sakit tanpa persinggahanmu,
Datanglah dan jangan kau pergi walaupun sekali,
Kerna aku bahagia dengan kehadiranmu.

Doalah pada yg halal utkmu 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan