Rabu, 27 Februari 2013

Sajak buat Sahabat


Sahabatku yang dikasihi,
Tolonglah....jangan kau pergi,
Duhai penyeri hati,
Kerna hadirmu umpama mentari.

Sinar cahayamu pengubat diri,
Pergimu ibarat pisau belati,
Membuat diri ini sepi,
Ibarat  melihat bulan tanpa matahari,
Melihat hujan tanpa pelangi.

Setialah sahabat sejati,
Aku pohon setulus hati,
Kerana persahabatan ini,
Umpama pantai tak bertepi,
Umpama mutiara yang sentiasa berseri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan